Arahan Pembelian

Tuah Beauty And Care mengamalkan jualan dengan harga yang BERPATUTAN, MAMPU MILIK & MURAH. Jika anda lihat harga tertera di produk atau blog ini, sila double cek dengan saya di talian 013-2432345 (Whatsapp) kerana sering ada PROMOSI (tidak di UPDATE di blog) untuk semua pelanggan yang DIHARGAI.

Tuah Beauty And Care juga memberikan FREE GIFT untuk produk2 tertentu sebagai penghargaan kepada pelanggan.

Cara Pembelian

1) Lihat dan baca diskripsi berkaitan produk pada senarai item.

2) Berminat untuk membuat pembelian, Whatsapp saya di talian 013-2432345 dengan mesej "ORDER"

3) Saya akan segera menghubungi anda untuk cara-cara pembelian produk. [ no akaun tidak didedahkan disini atas tujuan keselamatan ]

4)Sila double-check butir diri & pembelian utk mengelakan kesilapan semasa pos.

5) Jika anda bank-in pembayaran produk sebelum jam 4.30pm, "Nombor Tracking" akan diberikan sebelum jam 9 malam pada hari yang sama (barang di pos pada hari sama) . Jika anda membuat pembayaran selepas jam 5pm, "Nombor Tracking" akan diberikan pada hari berikutnya (barang dipos pada hari berikutnya).

6) Barang dipos dengan PosLaju.
Tempoh penghantaran di Semenanjung Malaysia adalah antara 1-3 hari bekerja, manakala Sabah & Sarawak 3-5 hari bekerja
(Sabah & Sarawak di cas rm10 mengikut berat produk).

**TERIMA KASIH kerana membeli di TUAH BEAUTY AND CARE**

~ semestinya MURAH, BERPATUTAN & BERKUALITI ~

Selasa, 28 Oktober 2014

♧♧ TIPS MENGEMBALIKAN TENAGA ♧♧



Dalam menjalankan aktiviti seharian, tentunya siapa saja aakan memerlukan tenaga yang cukup. Tenaga boleh didapatkan dari bahan makanan yang kita makan dan juga berbagai suplemen. Namun begitu, adakalanya tenaga yang diperlukan tidak mampu diseimbangkan dengan aktiviti anda. Lantas, apakah yang mesti kita lakukan? 
Berikut adalah cara yang cepat untuk meningkatkan tenaga

#1 Makan Makanan Tinggi Protein
Jika anda adalah orang yang sibuk dan memiliki aktiviti yang padat, anda harus mengetahui makanan apa yang boleh memebekalkan tenanga dan yang mampu bertahan lama. Salah satu makanan yang baik agar tenaga anda boleh bertahan adalah makanan yang tinggi akan protein. Hal ini boleh anda kekal bertenaga sepanjang hari.

#2 Minum Kopi Atau Teh
Walaupun kandungan kafein pada kopi dan teh juga memiliki kesan yang kurang baik sebab boleh menyebabkan ketagihan dan juga susah untuk tidur, namun kedua minuman ini dipercayai mampu mengembalikan tenaga anda. Minumlah kedua minuman ini ketika anda tiba-tiba merasa anda sudah kehabisan tenaga.

#3 Minum Air Putih
Dehidrasi juga salah satu penyebab tenaga berkurangan. Oleh itu, rajinlah meminum air putih kerana ia mampu membuat anda tetap bersemangat menjalani hari-hari anda dan juga kegiatan yang padat.

#4 Mendapatkan Sinaran Matahari
Berjemurlah sejenak sebelum memulakan apa-apa kegiatan. Sebab tenaga yang besar juga boleh didapati dari paparan sinar matahari. Janganlah takut berjemur, sebab matahari pagi sebenarnya sangat baik untuk tubuh anda.

#5 Makan Coklat
Coklat memiliki kalori yang sangat tinggi, sehingga saat anda merasa keletihan dan kekurangan tenaga, maka sangat baik jika anda menmakan coklat. Selain rasanya yang enak, coklat juga boleh mengembalikan tenaga yang hilang. Oleh kerana itu, sediakanlah coklat agar anda boleh mendapatkan kembali tenaga anda.

#6 Makanan Bermagnesium
Makanan yang mengandung magnesium sangat baik bagi anda. Oleh kerana itu, tidak ada salahnya jika dalam makanan disertai dengan makanan yang mengandung magnesium seperti badam dan juga sayur-sayuran.

#7 Merehatkan Minda
Mental anda juga perlukan isitirehat. Oleh kerana itu, mental yang penat sebaiknya diistirahatkan selama beberapa minit dengan memberikan ketenangan pada diri anda tanpa berfikir terlalu berat.

#8 Minum Vitamin
Vitamin merupakan zat yang tidak diproduksi oleh tubuh, oleh itu sangat penting untuk mengamalkan suplemen yang mengandung banyak vitamin. Hal ini boleh menjaga kestabilan tubuh saat tenaga anda kurang ketika melakukan aktiviti.

Penyebab Nafas Berbau


1. Tidak sarapan 
Ramai yang bersetuju bahawa sarapan di pagi hari itu semenangnya baik untuk menjaga kesihatan serta melancarkan diet, namun ternyata manfaat sarapan bukan sampai disitu saja, kerana sebenarnya pengambilan makanan di pagi hari juga boleh menghalang bau mulut. Ketika anda sarapan, pengeluaran saliva meningkat sehingga bakteria yang terdapat di dalam mulut pun turut hilang. Sarapanlah di pagi hari, untuk menjaga kebersihan mulut dan lidah anda agar bebas daripada bakteria jahat.

2. Masalah pada hati
Sebahagian besar orang yang mengalami masalah kesihatan pada hatinya, mempunyai risiko lebih tinggi untuk memilki bau mulut. Hati berfungsi untuk mengatur metabolisme tubuh serta lemak, lantas ketika hati mengalami gangguan, bakteria yang terdapat di dalam mulut pun ikut meningkat jumlahnya sehingga mulut memilki aroma yang tidak segar.

3. Gigi dijangkiti
Bila anda memilki masalah pada kesihatan mulut, terutamanya sakit gigi atau gusi berdarah, maka alangkah bijaknya, jika anda mengubati penyakit tersebut, jangkitan pada gusi dan semua masalah kesihatan mulut inilah yang menjadi penyebab bau mulut mendampingi anda.

4. Jangkitan pada tekak
Tekak yang dijangkiti menjadi hal yang sangat menggalakkan untuk bakteria, kerana mereka lebih mudah untuk berkembang di dalamnya, bakteria inilah yang disyaki sebagai pencetus munculnya lendir yang beraroma tidak segar. Oleh kerana itu, jaga kesihatan tekak dengan mengambil ubat semulajadi yang selamat sehingga pencetus bau mulut anda sudah tidak ada lagi.

5. Gagal buah pinggang
Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang memilki nafas yang tidak sedap adalah kegagalan buah pinggang, mereka yang mengalami masalah kesihatan pada ginjalnya ternyata lebih sukar untuk menghilangkan bau mulut kerana tidak dibenarkan dan tidak boleh minum air dalam kuantiti yang banyak.

6. Diet tinggi protein
Bagi anda yang ingin memulakan program diet sihat, sebaiknya jangan memilih program diet tinggi protein jika anda tidak ingin memilki aroma nafas yang tidak segar, kerana selama menjani program diet ini jumlah asid amino meningkat yang mana hidup di sekitar mulut, peningkatan asid amino ini boleh menyebabkan bakteria tumbuh dan berkembang dengan pesat.

============================================


sumber : gym member

7 Makanan Penurun Kolestrol Secara Cepat



Makanan kolesterol tinggi - Menurut kajian yang dilaporkan oleh dariboldsky.com, kolesterol pada dasarnya adalah berlipat steroid atau lemak yang ditemui dalam darah. Lemak ini sangat penting untuk meningkatkan fungsi membran sel. Para ahli kesihatan mengatakan bahawa tubuh anda sendiri telah menghasilkan kolesterol. Oleh kerana itu anda tidak perlu lagimengambil makanan berkolesterol tinggi dan kolesterol jahat. Sebab pengumpulan kolesterol di dalam tubuh boleh menimbulkan pelbagai macam penyakit kronik. Jika anda merasa bahawa kolesterol di dalam tubuh anda sudah tinggi, amalkan 7 makanan dibawah ini, kerana ianya bertindak sebagai penurun kadar kolestrol ;

#1 Bawang Putih
Bawang putih adalah rempah dapur paling utama dalam setiap masakan. Selain melazatkan makanan, makan bawang putih baik untuk menurunkan kolesterol anda.

#2 Badam
Sejenis kacang sihat yang boleh juga menurunkan kolesterol anda adalah kacang badam. Kacang badam juga dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama.

#3 Tomato
Tomato kaya akan lycopene yang baik untuk menurunkan kolesterol anda. Tomato juga boleh menjadi sumber protein yang baik. Selain itu, tomato juga membuat anda semakin cantik.

#4 Coklat
Bagi anda pencinta coklat, ini ialah khabar gembira buat anda. Memakan coklat gelap boleh menurunkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung.

#5 Teh Hijau
Mengambil secawan teh hijau 2 kali sehari akan membantu menurunkan kadar kolesterol anda. Lebih baik jika anda mengambilnya tanpa gula.

#6 Oatmeal
Selain mampu menyihatkan pencernaan kerana kaya dengan serat, makan oatmeal secara teratur juga bermanfaat untuk menurunkan kolesterol anda.

#7 Tauhu
Selain tinggi dengan protein, mengambil sepotong tauhu juga bermanfaat untuk menurunkan kolesterol anda.


sumber:gym member ;)